Friday 4 November 2016

Susah dan senang.

Susah dan senang kita secara individunya tidak akan terjejas disebabkan kenaikan harga barang. Zaman harga barang tidak naik pon ramai diantara kita telah lama menjadi orang susah dan miskin. Bahkan dikenaikan harga barang sekarang pon masih ramai lagi orang yang terus hidup mewah. Susah dan senang kita tergantung kepada rezeki dari Allah dan amalan soleh kita. Jika kita taat kepada Allah dan jaga solat diawal waktu dan.melaksanakan amalan amalan soleh yang lain terutamanya amalan amalan yang melapangkan rezeki saperti membaca AlQuran, berzikir, berselawat, bersedekah, bersabar, menghubungkan silaraturahim, sembayang duha dan lain lain amalan yang menarik rezeki dan dalam masa yang sama kita juga kita tak melakukan maksiat terutama maksiat maksiat yang menyempitkan rezeki saperti syrik, berzina, bergaduh dan lain lain, yakinlah disaat barangan mahal macama mana sekali pon dipasaran, rezeki kita tetap melimpah ruah dikurniakan oleh Allah SWT. Sebaliknya jika kita melakukan maksiat banyak membuat dosa dan tidak beramal soleh terutama tidak melakukan amalan amalan yang menarik rezeki.yakinlah walau semurah mana pon harga barang dipasaran, kita akan tetap susah walupon harga barang sangat murah. Orang yang soleh walaupon nampak tidak kaya tetapi Allah senentiasa mencukupi keperluan mereka.Tetapi kita tidak sedar kerana kayu ukur kesenangan kita hanya bersandarkan kepada rumah besar, kereta besar, dan berbelanja besar. Orang soleh juga menikmati kemudahan dan kesenangan walaupon tidak kaya. Ramai orang orang yang soleh mendapat kemudahan dan kesenangan saperti orang kaya tanpa susah payah saperti memikul beban hutang dll. Marilah kita jadi orang yang soleh walaupon tidak kaya supaya Allah jaga kita dimasa susah dan senang. In shaa Allah.

No comments:

Post a Comment