Thursday 22 December 2016

Doa.


Oxygen.

|Oksigen & Nitrogen|

Tahukah kita harga Oksigen di hospital?
= RM10/ liter..

Tahukah kita harga Nitrogen di hospital ?
= RM3/ liter..

Tahukah kita bahawa dalam sehari manusia menyedut sebanyak 2,880 liter Oksigen, & 11,376 liter Nitrogen ?

Jika dinilai dgn ringgit, Oksigen & Nitrogen yg kita sedut utk bernafas setiap hari, ia bernilai RM56,060/hari untuk setiap manusia.

Jika jumlah RM56,060 X 30 hari, maka jumlah kos untuk oksigen & nitrogen untuk seorang manusia ialah RM1,681,818.00 sebulan.

Masihkah kita MALAS BERSYUKUR ?

Untuk nikmat pernafasan sahaja ia bernilai RM1,681,818.00 secara bulanan. Namun ia PERCUMA!

Maka benarlah pertanyaan Allah berkali2 dlm alQuran : mafhumNYA ,
"Nikmat Tuhanmu yang mana lagi yang kita dustakan (bahkan tidak mahu bersyukur) wahai insan?"
(Surah Ar-Rahman : 13)


#aurapositif
#muhasabahdiri

Fadilat ayat kursi.


Apollo.

*Kepada semua pengguna2 Muslim,*
Saya ingin menasihati anda semua supaya berhenti membeli semua keluaran Apollo Food Industries terutamanya ibubapa yang selalu membeli makanan seumpama layer cake, choco stick dan sebagainya yang selalu keluar iklan di TV . Kejadian ini berlaku kepada saya sendiri. Saya selalu juga membeli apollo layer cake dlm kuantiti yg banyak untukanak2 saya sebagai makanan ringan. Anak2 juga selalu mendapat product Apollo setiap kali ada majlis harijadi disekolah (goodie bag yg disediakan oleh parents kepada birthday girl/boy tersebut). Selama ini saya ingatkan product Apollo ni HALAL sebab keluar kat TV..kalau tak halal, takkan TV boleh lepas ye tak?Nak jadikan cerita, suatu hari, saya membeli *APOLLO CHOCOLATE LAYER CAKE*  yg plastik pembungkusnya berwarna kuning . Anak2 sempat makan sorangsatu.Entahlah, sudah menjadi tabiat saya, suka membaca ingredient yg terterapada pembungkus makanan, hatta ubat gigi, syampoo dan sebagainya, saya juga suka membaca. Mungkin saya mengambil langkah berjaga2 agaknya.Tetiba saya terpana bila apa yg saya takuti akhirnya terjadi kepada saya & keluarga sendiri... APOLLO layer cake yg saya beli mengandungi *Emulsifier 471*,  yg kita sudah maklum, *mengandungi unsur babi* .Astaghfirullah. ..Astaghfirullah. .. Astaghfirullah. . banyak kali saya beristighfar, kerana anak2 saya sudah memakan cake tersebut.Saya terus memberitahu mereka supaya jgn lagi memakan APOLLO... APOLLO HARAM DIMAKAN !

Saya harap kawan2 sume tolong sebarkan kepada jiran2, kawan2 seagama supaya memesan kepada anak2 kita, jgn lagi memakan product apollo ini..Bukan saja Apollo Chocolate layer cake, tapi kita patut BANNED semua product keluaran APOLLO kerana semua productnya dikilangkan dikilang yg sama, mesin yg sama, bercampur yg halal dan haram...

Yang buat saya paling sedih, Ada logo HALAL pada plastik pembungkus APOLLO tersebut...Marilah kita sama2 membenteras penipuan ini dan semoga Allah ampunkan dosa2 kita yg telah termakan benda haram ni...

*Emulsifiers yg HARAM:120,141,160( A), 161,252,300, 301,422,430, 431,434,435, 436,441,470, 471,472(AE),473~477, 481~483,491, 494,542,570, 631,635,920 beur & RENNET...*

copy paste dr wassap info...
moga berguna utk pengetahuan umum

Tuesday 8 November 2016

As Salam

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُه*ُ
*&* *وَعَلَيْكُمُ الْسَّــــــــــلاَمُ وَرَحْمَةُ اللَّــــــــــهِ وَبَرَكَــــــــــاتُة*
*الحمد للّه*
*Semoga hari ini kita* *sentiasa* *dalam* *perlindungan* *ALLAH* *swt,* *dipermudahkan* *segala* *urusan,* *perjalanan,* *diteguhkan* *silaturrahim*  *sesama* *kita, dilimpahkan dengan* *rezeki yang bertambah* *dan sentiasa*  *memperoleh rahmat dari Nya.*
*آمِيّنْ... آمِيّنْ  آمِّيْنَ يَا رَبَ*ّ *الْعَالَمِيْنَ ...*

TERBARU!! EKS-MAFIA NARKOBA BESAR MASUK ISLAM! TERHARU! 2016!!

Kisah Mualaf - Kelly - Mantan Model Menemukan Islam

Surah An Nisa. Ayat 148-154.

Surah An-Nisa
Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (148) Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan atau menyembunyikannya atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa. (149) Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan (orang-orang yang) hendak membeza-bezakan iman mereka di antara Allah dan Rasul-rasulNya dan (orang-orang yang) berkata: Kami beriman kepada setengah Rasul-rasul itu dan kufur ingkar kepada setengahnya yang lain, serta bertujuan hendak mengambil jalan lain antara iman dan kufur itu. (150) Mereka itulah orang-orang yang kafir dengan sebenar-benarnya dan Kami telah menyediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang menghina. (151) Dan orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya dan mereka pula tidak membeza-bezakan (imannya terhadap) seseorang pun di antara Rasul-rasul itu, (maka) mereka yang demikian, Allah akan memberi mereka pahala mereka dan (ingatlah) adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (152) Ahli Kitab (kaum Yahudi) meminta kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menurunkan kepada mereka sebuah Kitab dari langit. (Janganlah engkau merasa pelik), kerana sesungguhnya mereka telah meminta kepada Nabi Musa lebih besar dari itu. Mereka berkata: (Wahai Musa) perlihatkanlah Allah kepada kami dengan nyata (supaya kami dapat melihatNya dan percaya kepadaNya). Lalu mereka disambar oleh petir dengan sebab kezaliman mereka (menderhaka kepada Allah); kemudian mereka pula menyembah (patung) anak lembu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan (mukjizat), lalu Kami maafkan mereka dari perbuatan yang sedemikian itu (ketika mereka bertaubat) dan Kami telah memberi kepada Nabi Musa kekuasaan yang nyata (untuk mengalahkan kaum yang kafir itu). (153) Dan Kami telah mengangkat "Gunung Tursina" ke atas mereka disebabkan (mereka ingkar akan) perjanjian setia mereka (mematuhi hukum-hukum Taurat) dan Kami perintahkan mereka: "Masuklah kamu melalui pintu (negeri) itu dengan merendah diri", dan Kami juga perintahkan mereka: "Janganlah kamu melanggar perintah larangan yang ditentukan pada hari Sabtu", dan Kami telah mengambil daripada mereka perjanjian setia yang teguh (yang mewajibkan mereka mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya). (154)

Monday 7 November 2016

Sorry.

Assallamualaikum semoga Allah merahmati dan meredhai sahabat semua


Dalam hidup ini..,
Manusia memang tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan..,
Sesiapa pun akan melakukan kesilapan dalam hidup..,
Tidak bermakna kesilapan itu tidak boleh diubah dan dimaafkan..,
Janganlah rasa rendah diri untuk meminta maaf pada diri sendiri dan orang lain...
Kemaafan itu amat bermakna dan penuh dengan pengertian..,
Ianya akan membuatkan orang lain gembira...
Tapi harus diingat juga putaran hidup kita..,
Kita tidak akan sentiasa hidup dalam kegembiraan..,
Kita juga tidak akan sentiasa hidup dalam kesedihan..,
Bahkan kita jua tidak akan sentiasa hidup dalam kesilapan dan hidup dalam kebaikan..,
Bersyukurlah dengan apa yang ada pada kita dan jadikan lah putaran hidup kita itu sebagai satu cabaran dalam menempuh hidup di bumi ciptaan-NYA....
SENTIASA LAH INGAT PADANYA💚

Surah Al Kautsar.

```...Baca sekejap ( 2 minit )

RAHSIA SURAH ALKAUTSAR
BISMILLAHI RAHMA
NI RAHIM

INNA A'TTOINA KALKAUTSAR
FADSALLILI ROBBIKA WANHAR
INNA SYAANIAKA HUAL AB TAR

SURAH INI PALING PENDEK,

HANYA MENGANDUNGI 3 AYAT

DAN DITURUNKAN DI MAKKAH DAN

BERMAKSUD SUNGAI DI SYURGA,

KOLAM SUNGAI INI DIPERBUAT DARIPADA BATU PERMATA NAN INDAH DAN CANTIK.

RASANYA LEBIH MANIS DARIPADA MADU,

WARNANYA PULA LEBIH PUTIH DARIPADA SUSU DAN

LEBIH WANGI DARIPADA KASTURI.

SURAH INI DISIFATKAN SEBAGAI SURAH PENGHIBUR HATI NABI MUHAMMAD

KERANA DITURUNKAN KETIKA BAGINDA BERSEDIH ATAS KEMATIAN
DUA ORANG YANG DIKASIHI

IAITU ANAK LELAKINYA IBRAHIM DAN

BAPA SAUDARANYA ABU TALIB.

BERBAGAI KHASIAT TERKANDUNG DI DALAM SURAH INI BOLEH DIAMALKAN :

♥ BACA SURAH INI KETIKA HUJAN TURUN DAN BERDOA,

MUDAH-MUDAHAN ALLAH S.W.T MEMAKBULKAN DOA KITA.

♥JIKA KITA KEHAUSAN DAN TIADA AIR,

BACALAH SURAH INI DAN GOSOKAN DI LEHER,

INSYA ALLAH HILANG DAHAGA

♥JIKA SERING SAKIT MATA,

SEPERTI BERAIR, GATAL, BENGKAK,

SAPUKAN AIR MAWAR YANG SUDAH DIBACAKAN SURAH INI SEBANYAK 10X PADA MATA.

♥JIKA RUMAH DIPERCAYAI TERKENA SIHIR,

BACA SURAH INI 10X MUDAH-MUDAHAN ALLAH S.W.T BAGI ILHAM KEPADA KITA

DIMANA LETAKNYA SIHIR ITU.

♥JIKA MEMBACANYA 1000X REZEKI KITA AKAN BERTAMBAH.

♥JIKA RAJIN MEMBACANYA, HATI KITA AKAN MENJADI LEMBUT

DAN KHUSYUK KETIKA MENUNAIKAN SOLAT.

♥JIKA ORANG TERANIAYA DAN TERPENJARA MEMBACANYA SEBANYAK 71X,

ALLAH S.W.T AKAN MEMBERIKAN BANTUAN KEPADANYA KERANA DIA TIDAK BERSALAH TETAPI DIZALIMI.

(ADA 2 PILIHAN UNTUK ANDA)

1) BIARKAN DIDALAM INI TANPA BERMANFAAT UNTUK ORANG LAIN.

2) ANDA SEBARKAN KEPADA SEMUA KENALAN ANDA.

RASULULLAH BERSABDA,

BARANG SIAPA MENYAMPAIKAN SATU ILMU SAJA DAN

ADA ORANG YANG MENGAMALKAN,

MAKA WALAUPUN YANG MENYAMPAIKAN SUDAH TIADA

(MENINGGAL DUNIA)

DIA AKAN TETAP MEMPEROLEH PAHALA.
         
SELAMAT BERAMAL...


JGN LUPA KONGSI.
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ ```

Biadab.


Sunday 6 November 2016

Oops sorry..

.. Sebuah cerita yang menarik...

Seorang lelaki Amerika berjalan ke sebuah restoran di London. Sebaik sahaja dia masuk, dia melihat seorang lelaki Afrika duduk di sudut restoran itu.

Jadi dia berjalan ke kaunter, dikeluarkan dompetnya dan menjerit, "Waiter! Aku mahu membeli makanan untuk semua orang di restoran ini, kecuali lelaki hitam Afrika di sana!"

Jadi pelayan mengumpulkan wang daripada lelaki itu dan mula memberikan makanan percuma kepada semua orang di restoran itu, kecuali si Afrika.

 Walau bagaimanapun, tanpa rasa kecewa, si Afrika hanya melihat pada lelaki Amerika dan menjerit, "Terima kasih!"

Dengan rasa amat marah, lelaki Amerika itu mengeluarkan dompetnya dan menjerit sekali lagi,
"Waiter! Kali ini aku membeli minuman dan makanan tambahan untuk semua orang disiini, kecuali si Afrika di sudut sana!"

Pelayan terus mengumpulkan wang daripada lelaki itu dan mula memberikan makanan percuma dan minuman kepada semua orang kecuali si Afrika.

 Apabila pelayan selesai memberi makanan dan minuman... Sekali lagi tanpa rasa marah, malah si Afrika tadi hanya tersenyum kepada lelaki Amerika dan menjerit,
"Terima kasih!"

Lelaki Amerika itu semakin marah. Sambil dia bersandar di kaunter dan berkata kepada para pelayan: "Apa yang tidak kena dengan lelaki Afrika itu?
Aku telah membeli makanan dan minuman untuk semua orang di sini kecuali dia, dia bukannya menjadi marah, akan tetapi dia hanya duduk di sana malah tersenyum padaku sambil menjerit "Terima kasih."
Adakah dia gila"

Pelayan itu tersenyum pada lelaki Amerika dan berkata, "Tidak, dia tidak gila. Dia adalah pemilik restoran ini"

Mungkin anda nampak seseorang seperti musuh anda tetapi tanpa anda sedari dia memihak kepada anda.

.. MARAH
 ..Jauhi kemarahan. Ia hanya akan menyakitkan diri anda sendiri!
.. Jika anda betul maka tidak ada keperluan untuk marah,
.. Dan jika anda salah maka anda tidak mempunyai apa-apa hak untuk marah.

.. SABAR
..Sabar dengan keluarga adalah Kasih
.. Sabar dengan orang lain adalah Hormat
.. Kesabaran dengan diri adalah keyakinan dan kesabaran pada Tuhan ialah Iman.

.. BERFIKIR
.. Jangan sekali-kali berfikir tentang Masa Lampau, Ia suatu Penderitaan ...
.. Jangan berfikir lebih mengenai Masa Depan, ia menjadikan anda lebih Takut ...

.. Hadapi kehidupan ini dengan senyuman, Ia akan membawa Kebahagiaan

.. Setiap ujian yg getir dalam kehidupan kita di harapkan akan memberi kita kekuatan utk terus memperbaiki diri kita.
Emas tulen diuji dgn api, kita manusia diuji dgn setiap masalah.

.. Setiap masalah datang sama ada untuk mengeratkan atau menghancurkan sebuah perhubungan.

.. Pilihan adalah milik kita sama ada kita menjadi mangsa atau sebaliknya.

.. Sesuatu yang CANTIK itu x semuanya baik, akan ttpi sesuatu yg BAIK itu selalunya CANTIK.

.. Adakah anda tahu mengapa Tuhan menciptakan ruang antara jari?
..Supaya seseorang yang terbaik datang dan mengisi ruang2 itu dgn memegang tangan anda utk selama-lamanya.

.. Kebahagiaan menjadikan kita Manis.. kemanisan akan membawa Kebahagiaan.

Kongsikanlah bersama mereka yg TERBAIK dlm kehidupan  kita😊

Saturday 5 November 2016

Hafal..

*HAFAL QURAN 30 JUZ DAN HADlTS TAK MENJAMIN MANUSIA MENDAPAT HIDAYAH*

Kisah nyata ini di tuturkan Habib Quraisy bin Qosim Baharun, Cirebon, dr kisah perjalanannya th 1996. Kala itu pesawat melintasi daratan Afrika. Diantara penumpangnya Habib Quraisy dan ibu Tua sekitar 65-70 tahun berpenutup jilbab di sebelahnya. “Dimana asal Anda?” Tanyanya. Tahu Habib Quraisy orang Indonesia, dia mengajaknya berbahasa Indonesia dan amat fasih pula. Ibu Tua itu tersenyum bijak sambil berkata “Saya ‘Alhamdulillah’ menguasai sebelas bahasa dan 20 bahasa daerah”.

Ibu Tua mulai mengupas pembahasan Al Qur’an dg indah dan mahir.
Habib pun penasaran atas kehebatannya menjelaskan Al Qur’an, “Apakah Ibunda HAFAL AL-QUR’AN ?”
Beliau jawab “Ya, saya telah menghafal Al Qur’an dan saya rasa tidak cukup hanya menghafal Al Quran sehingga saya berusaha menghapal Tafsir Jalalain dan saya pun hafal”.

Tidak sampai disitu saja, Ibu Tua itu melanjutkan bicaranya “Namun Al Qur’an harus bergandengan dengan hadist. Sehingga saya kemudian berupaya lagi menghafal hadist tentang hukum sehingga saya hafal kitab hadist Bulughul Marom di luar kepala”.

“Lantas saya masih belum merasa cukup, karena di dalam Islam bukan hanya ada halal dan haram tapi harus ada fadhailul amal, maka saya pilih kitab Riyadhus Sholihin untuk saya hafal dan saya hafal”. Kata Ibu itu menuturkan pendalamannya tentang Islam kepada Habib Quraisy.

Ibu itu kembali bertutur “Di sisi agama ada namanya tasawuf, maka saya cenderung pada tasawuf sehingga saya pilih kitab Ihya Ulumuddin dan sampai saat ini saya sudah 50 kali mengkhatamkan membacanya.
Saking seringnya saya baca Ihya Ulumuddin sampai-sampai Bab Ajaibul Qulub saya hafal di luar kepala”.

Habib Quraisy terperangah melihat kehebatan dan luarbiasanya Ibu itu. Namun karena tidak percaya begitu saja, Habib pun akhirnya mencoba test kebenaran perkataannya. Apakah benar Ia telah hafal Al Qur’an? Apakah benar Ia menguasai Tafsir Jalalain ttg asbabun-nuzul dan qaul Ibnu Abbas? Setelah melalui beberapa pertanyaan. Ternyata benar Ibu itu hafal Qur’an bahkan mampu menjawab tafsirnya dengan mahir dan piawai.

Ketika Habib mengangkat permasalahan ihya mawat yang ada dalam kitab Bulughul Maram Ibu Tua itu pun menjabarkannya cukup jelas.

Ketika Habib membahas tentang hadist Riyadhus Sholihin maka Ibu Tua itu menyebutkan sesuai apa yang disebutkan dalam kitab Dalailul Falihin sebagai syarah kitab hadist tsb.

Dan lagi Ia menjelaskan masalah psikologi hati berbasis kitab Ihya Ulumuddin pada pasal ajaibul qulub. Kembali Habib dibuat heran akan kehebatan Ibu Tua itu dan menggeleng-gelengkan kepalanya.

Pesawat akan mendarat di Airport. Ibu itu mengambil tasnya yang ada di kabin. Kerana sudah merasa kenal, Habib membantu menurunkan 3 tasnya ke lantai pesawat. Subhaanallah… Saat Ibu itu menunduk untuk mengambil tasnya ternyata keluar dari balik jilbabnya seutas kalung salib.

Seperti petir menyambar di siang bolong, Habib Quraisy menunduk lemah. Ibu itu tersenyum,  “Akan kujelaskan padamu nanti di hotel.”
Habib akan transit selama sehari semalam, pun Ibu Tua itu. Maka di ruang tunggu dia tunjukkan nomor kamarnya kepada Habib dan berjanji bertemu di ruang lobbi restaurant.

Keduanya akhirnya bertemu. Kpada Habib Qurasy ia mengatakan, “Saya bukan orang Kristen, mengapa saya keluar dari Kristen ?… karena saya menganggap Kristen itu hanya dongeng belaka. Dan kalung ini bukan berarti saya Kristen, tapi kalung ini pemberian almarhumah ibu saya”.

Ia mengatakan bahwa Ia telah mempelajari Kristen, Hindu juga Islam. Ia mengungkap ketertarikannya mengenai keagungan yang ada di balik wahyu Allah SWT dan hadits Nabi Muhammad SAW.
“Ibu apa agamanya sekarang ?” Habib bertanya.
Dia katakan “Saya tidak beragama”
“Andai Ibu masuk Islam, begitu baca syahadat, ibu akan langsung dapat titel ulama”. Karena demikian luas ilmu yang dimiliki kata Habib.

Ia menjawab,
“MUNGKIN KARENA SAYA BELUM MENDAPAT HIDAYAH DARI ALLAH”

Habib Quraisy meneteskan airmata bersyukur kpd Allah SWT, bagaimana orang seperti dia yang sudah hafal Al Qur’an dan lain sebagainya belum Allah izinkan untuk beriman kepada-NYA.

Sementara kita tanpa usaha apapun, telah dipilih oleh Allah SWT untuk jadi seorang muslim. Demikianlah kisah ajaib ini. Semoga dapat diambil iktibar betapa bersyukur kita dianugrahi iman dan semakin bertambah kuat sampai ajal menjemput, sehingga kita termasuk orang yang husnul khotimah.

Ibu tua itu namanya ANN MARIE SCHIMMEL, ahli terkemuka dalam literature Islam & mistisisme (tasawuf), berkebangsaan Jerman, sebagai professor mengajar di 3 Universitas terkenal di 3 Negara berbeda, dikenal memiliki ingatan fotografis. Wafat tahun 2003 di usia 80 thn, entah bagaimana tentang keimanannya di akhir hidupnya. Ada yang tahu???
BETAPA MAHALNYA HIDAYAH.
SETINGGI-TINGGINYA ILMU,
SELUAS-LUASNYA PENGETAHUAN,
SEDALAM-DALAMNYA PEMIKIRAN, DAN
SEKUAT-KUATNYA HAFALAN AL-QUR’AN 30 JUZ DAN HADlTS
TIDAKLAH MAMPU MENGGAPAI HIDAYAH.
KERANA HIDAYAH DATANGNYA DARI RAHMAT ALLAH.
SEBAGAIMANA SEORANG HAMBA MASUK SURGA KARENA RAHMATNYA
Tidaklah cukup hafal Al-Qur'an dan hadist.

subhanallah....
Sujud syukurku pada -Mu ya rabb...atas nikmat  hidayah ini....
Alhamdulillah..     .                   ☄
Baca 👆dan pahamkan.. betapa beruntungnya kita.. 👍

 https://g.co/kgs/9KmwUS

Gnl


Senarai..


Aku..


Allahu Akbar..


As Salam.


Macam kenal jer..


Hati.

*Sedikit Tazkirah*
Masinnya air laut tak mampu menyerap ke dalam isi ikan…
Tetapi bila ikan sudah mati……. Secubit garam pun sudah cukup untuk memasinkannya…
Begitulah juga HATI kita,
HATI yang hidup, ianya sukar untuk dinodai….
… Tetapi bila HATI sudah mati, ianya mudah dipengaruhi….!
Semoga ALLAH sentiasa memelihara HATI kita….
*#muhasabahdiri#*
*Apakah Kepunyaan Kita???*

Lahirmu : dilahirkan oleh org lain.
Namamu : dinamakan oleh org lain.
Pelajaranmu : diajar oleh org lain.
Pendapatanmu : diberikan oleh org lain.
Hormat : diberi oleh org lain.
Mandian pertama dan terakhirmu : dimandikan oleh org lain.
Selepas mati : Segala harta dan hakmu dimiliki org lain.
Pengkebumianmu : dibuat oleh org lain.

Mana Yg kita punya?

TERASA????                                                 Tp yg hairannya masih ada rasa EGO, SOMBONG, TUNJUK HEBAT & KERAS HATI..

Sama ada sedar atau tidak...

BEGITULAH KITA SEMUA,  FIKIR² KANLAH...

Iman.

Surah Al-Anfaal  Ayat 2:

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. {8:2}.

Doa.


Friday 4 November 2016

UMNO.


Al Fatihah.


Susah dan senang.

Susah dan senang kita secara individunya tidak akan terjejas disebabkan kenaikan harga barang. Zaman harga barang tidak naik pon ramai diantara kita telah lama menjadi orang susah dan miskin. Bahkan dikenaikan harga barang sekarang pon masih ramai lagi orang yang terus hidup mewah. Susah dan senang kita tergantung kepada rezeki dari Allah dan amalan soleh kita. Jika kita taat kepada Allah dan jaga solat diawal waktu dan.melaksanakan amalan amalan soleh yang lain terutamanya amalan amalan yang melapangkan rezeki saperti membaca AlQuran, berzikir, berselawat, bersedekah, bersabar, menghubungkan silaraturahim, sembayang duha dan lain lain amalan yang menarik rezeki dan dalam masa yang sama kita juga kita tak melakukan maksiat terutama maksiat maksiat yang menyempitkan rezeki saperti syrik, berzina, bergaduh dan lain lain, yakinlah disaat barangan mahal macama mana sekali pon dipasaran, rezeki kita tetap melimpah ruah dikurniakan oleh Allah SWT. Sebaliknya jika kita melakukan maksiat banyak membuat dosa dan tidak beramal soleh terutama tidak melakukan amalan amalan yang menarik rezeki.yakinlah walau semurah mana pon harga barang dipasaran, kita akan tetap susah walupon harga barang sangat murah. Orang yang soleh walaupon nampak tidak kaya tetapi Allah senentiasa mencukupi keperluan mereka.Tetapi kita tidak sedar kerana kayu ukur kesenangan kita hanya bersandarkan kepada rumah besar, kereta besar, dan berbelanja besar. Orang soleh juga menikmati kemudahan dan kesenangan walaupon tidak kaya. Ramai orang orang yang soleh mendapat kemudahan dan kesenangan saperti orang kaya tanpa susah payah saperti memikul beban hutang dll. Marilah kita jadi orang yang soleh walaupon tidak kaya supaya Allah jaga kita dimasa susah dan senang. In shaa Allah.

Rezeki..

HARGA MINYAk NAIK?????...
Mula2 tu nak marah sangat la jugak...tapi bila kawan usulkan ayat yg macam.ni, baru ler den cool.....kena terima qada Dan qadarNya....satu ujian dariNya....

Rahsia rezeki
Hakikatnya krisis kenaikan harga barang telah berlaku ke atas manusia sejak pada zaman Rasulullah SAW lagi, dan ia telah direkodkan dalam hadis sahih.

Dari Anas bin Malik ra. dia berkata, “Harga barang menjadi mahal pada zaman Nabi SAW, lalu mereka (para sahabat) berkata, ‘Wahai Rasulullah, harga telah menjadi mahal maka tetapkanlah harga untuk kami.’” (Riwayat Abu Dawud)

Peristiwa ini berlaku apabila harga barang di pasar di Madinah naik, maka para sahabat bertemu Rasulullah meminta supaya Baginda menetapkan harga supaya orang-orang miskin dapat membeli barang dengan harga yang mereka mampu. Lalu apa jawab Rasulullah?

 Baginda bersabda:
“Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga itu, Dialah Allah yang melapangkan, Dialah Allah yang menyempitkan, serta Dialah Allah yang memberikan rezeki. Dan sesungguhnya aku berharap agar aku bertemu Allah SWT dalam keadaan tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntutku di dalam kezaliman terhadap darah mahupun kezaliman terhadap harta.” (Sahih. Riwayat Abu Daud)

Kenaikan harga barang tidak mengubah rezeki seseorang. Nabi menyatakan bahawa Allah-lah yang melapangkan rezeki seseorang hamba dan Dia juga yang menyempitkan rezeki mana-mana hamba yang dikehendakiNya.

Ini selari dengan firman Allah SWT, “Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki.” (Al-Ra’d: 26)
“Jika Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambaNya tentulah mereka melampaui batas di muka bumi, tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendakiNya dengan ukuran. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui hamba-hambaNya lagi Maha Melihat.” (As-Syura: 27)

Usah khuatir kerana rezeki setiap manusia pasti dicukupkan dan tidak dikurangkan sedikit pun. Kenaikan harga sama sekali tidak mempengaruhi rezeki yang ditetapkan. Ini seperti mana sabda Nabi SAW, “Wahai manusia, sesungguhnya salah seorang kamu tidak akan mati sehingga dia mendapat seluruh rezekinya secara sempurna. Maka janganlah kamu tidak sabar dalam mendapatkan rezeki. Bertakwalah kepada Allah, wahai manusia! Carilah rezeki secara baik, ambillah yang halal dan tinggalkan yang haram.” (Sahih. Riwayat Al-Hakim)

“Ajaibnya urusan orang Mukmin, seluruh urusannya adalah kebaikan dan ini tidak terdapat kecuali pada seorang Mukmin. Jika mendapat kesenangan dia bersyukur dan ini baik baginya, jika ditimpa musibah dia bersabar dan ini juga baik baginya.” (Riwayat Muslim)

Allah S.W.T yg beri rezeki bkn makhluk...

Fikirw....renung2

Harga barang naik.


In shaa Allah.


Dap siau sasau dan angau.


Fitnah.